PENGENALAN

Ditubuhkan pada tahun 1998, FELCRA Plantation Services Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh FELCRA Berhad yang kini bertindak selaku perunding dan penasihat pakar dalam perancangan ladang dan ditugaskan untuk membangunkan tanah menjadi ladang kelapa sawit, estet-estet getah dan bendang sawah padi. Kami berkecimpung dalam pengeluaran tanaman sawit dan padi dengan hasil pulangan yang tinggi di samping pengeluaran produk-produk pertanian seperti Baja Bio Organik, Mikrob Berfaedah, Racun Kimia, dan Baja Ganocare bagi mengelakkan serangan ganoderma.

Direktori Korporat

Kepelbagaian portfolio daripada selaku penasihat perladangan hinggalah kepada pengilangan menerusi :

  • 5 Kilang Baja Bio Organik (BOF)
  • 1 Kilang Pengeluaran Racun Kimia Pertanian
  • 1 Kilang Pengeluaran Bag Baja dan Plastik
  • 1 Makmal dan Kilang Pengeluaran Mikrob yang berfaedah
  • 1 Kilang Pengeluaran Benih Padi Sah
  • 1 Makmal dan Kilang Pengeluaran Biji Benih Sawit Cambah

CORPORATE BACKGROUND

Felcra Plantation Services Sdn Bhd (FPSSB) ketika ini berkecimpung dalam pengeluaran benih padi sah berpulangan tinggi, serta pengeluaran produk-produk pertanian seperti Baja Bio Organik, Mikrob Berfaedah, Racun Kimia, dan Baja Ganocare bagi mengelakkan serangan ganoderma.

Kejayaan Felcra Plantation Services Sdn Bhd (FPSSB) ini dipacu oleh golongan profesional dengan kepakaran dalam pembangunan tanah dan memberi khidmat nasihat berkaitan perladangan di mana mereka akan melawat estet-estet yang terlibat dan memberi nasihat berkaitan amalan agronomi dan pengeluaran benih-benih berkualiti secara berkala. Hari ini, skop perkhidmatan FPSSB tertumpu kepada meningkatkan produktiviti dan keuntungan ladang-ladang yang dibangunkan dan diberi nasihat oleh FPSSB.

Menerusi kesemua unit-unit sedia ada, FPSSB membekalkan perkhidmatan berkualiti kepada rangkaian pelanggan-pelanggannya seperti berikut:

  • Memberi khidmat nasihat agronomi bagi pengesyoran jenis baja yang bersesuaian.
  • Memberi khidmat nasihat sektor perladangan berasaskan 3C iaitu (Tanaman – Crop, Kos – Cost dan Keadaan – Condition).
  • Rundingan Projek termasuklah perancangan dan pengurusan pembangunan ladang kelapa sawit, getah dan padi.
  • Laporan dan penilaian estet bagi tujuan memohon pinjaman pembiayaan.
  • Perkhidmatan makmal analisis untuk kualiti tanah, baja, racun, dedaun dan benih.
  • Bekalan benih padi berkualiti dan berpulangan tinggi.
  • Laporan kajian Penilaian Impak ke atas Persekitaran (EIA) / Laporan Pengawasan Persekitaran (EMR).
  • Pengeluaran Baja Bio Organik (BOF).
  • Pembuatan racun rumpai.
  • Pemetaan Digital Ladang (GPS / GIS).
  • Pengeluaran Baja Ganocare.
  • Pengeluaran Biji Benih Kelapa Sawit Cambah (DxP).