PUSAT BENIH PADI

 

  • Pembekal benih padi yang diperakui untuk agensi-agensi kerajaan dan beroperasi sejak Januari 1991.
  • Menjalankan operasi kilang benih padi yang canggih dan berskala besar di Malaysia. Sasarannya adalah bagi mengeluarkan benih padi berstandard tinggi bagi meraih pulangan yang juga tinggi.
  • Menawarkan kajian teknikal terhadap projek-projek baru yang bertujuan mempertingkatkan aspek pembangunan estet padi.
  • Produk-produk kami merangkumi:
    • Benih padi sah
    • Pembersihan bendang
    • Perkhidmatan mesin penyemai benih padi
    • Silaj
    • Makanan haiwan berasaskan padi
    • FELCRA Plantation Services Sdn Bhd,
  • Objektif-objektif kami adalah:
    • Tiada sebarang aduan daripada pelanggan mengenai kualiti benih padi
    • Program kerja penanaman benih padi yang berjadual tetap
    • Membekalkan benih-benih padi bagi memenuhi permintaan pelanggan.

FELCRA Plantation Services Sdn Bhd ditiubuhkan pada tahun 1998 menerusi pengambilalihan urusan operasi pemprosesan padi di FELCRA Berhad Seberang Perak, yang telah beroperasi sejak tahun 1971. Sekumpulan kakitangan yang memiliki kecekapan yang tinggi disokong oleh kumpulan kakitangan mahir dalam bidang masing-masing diberi kepercayaan untuk menjalankan operasinya. Kumpulan warga kerja mahir ini menjadi asas penting dalam merealisasikan hala tuju syarikat seperti apa yang diaspirasikan.

Pada tahun 2010, FELCRA Plantation Services Sdn Bhd menjadi syarikat pertama yang menerajui pengeluaran Benih Padi Clearfield nuntuk kegunaan di Malaysia dan juga di Asia Pasifik.

Tujuan teknologi ini dilaksanakan adalah bagi mengatasi masalah padi angin yang merupakan antara cabaran terbesar dalam industri tanaman padi. Pusat Benih Padi juga menjadi antara syarikat pertama menggunakan ‘Optical Length Shorter Technology’ pada tahun 2011 bagi memaksimakan kualiti benih padi.

 

Alamat :

  • Pengurus,
    En Abdul Aziz Bin Abd Hamid,
    Pusat Benih Padi,
    FELCRA Plantation Services Sdn Bhd,
    Seberang Perak, 36800,
    Kg Gajah, Perak.
  • Tel: 05 6235 598
  • Fax: 05 6224 582